Zaman sekarang bukan sahaja wanita, lelaki juga semakin ambil berat hal-ehwal kecantikan. Malah jangan terkejut jika orang lelaki yang sanggup membuat “pelaburan” tinggi untuk lebih berketrampilan terutama untuk kulit wajah yang cantik dan flawless. Sana-sini orang mencari tentang vitamin kulit yang sesuai.
Nadia pulak bila bercerita tentang kecantikan ni
mungkin bukan pakar tapi ada sedikit perbezaan pada kulit wajah sekarang
berbanding dahulu. Masa kecil usia sekitar tadika dan sekolah rendah suka
sangat ambil make -up dan pakai. Make-up dan Nadia berpisah tiada
hatta, make -up di rumah orang pun Nadia hentam pakai jugak๐
Tapi orang
yang rapat lah hehehe. Kesannya, sewaktu usia 16 tahun, jerawat mulai tumbuh
penuh di kulit muka. Macam setiap ruang ada sahaja jerawat. Perasaan masa tu
jadi tak selesa dan malu pun ada. Masa tu ayah ada bawa ke klinik untuk
bertanya kepada doktor vitamin kulit yang sesuai. Nadia cuba consume mengikut
saranan doktor dan ada penambahbaikan masa tu.
Namun, bila melangkah ke alam universiti ianya
terjadi lagi. Nadia rasa tak berani nak pakai produk apa pun. Nak pergi ke kelas
hanya letakkan bedak bayi sahaja di wajah. Kemudian ada juga cuba produk
berasaskan gamat dan temulawak. Masa tu produk temulawak ni kira popular, tapi
hanya sementara sahaja. Adehlaaa..๐ Lepastu dah stop dahulu dan lama-kelamaan
jerawat dah mula berkurangan dan masalah yang lain pulak adalah parut yang
tinggal. Aduhai macam kawah bulan istilahnya walau tak pernah lagi kaki ni sampai
ke bulan๐ Nadia akhirnya memang tak cari dah apa-apa produk dan teruskan dengan
pakai bedak bayi sahaja. Kulit ok dan parut masih ada cuma dah kurang.
Bayangkan dah kerja dan masih konsisten hanya dengan bedak bayi sahaja.
Ingat lagi masa hari perkahwinan, Nadia dah
bagitau yang Nadia tak mau pakai apa-apa make-up tapi kena bising pulak
dengan sedara-mara. Raja sehari kenalah berseri. Berseri dah ni walau tak make-up
jawab Nadia balik๐ Nak tak nak kena
pakai jugak sikit hehe. Syukurnya suami memahami tentang hal ni dan begitulah Nadia
seadanya menjaga kulit wajah. Tanpa mana-mana pencuci juga. Hanya air biasa
untuk mencuci muka.
Kemudian, masa Nadia mulai kenal dan amal Vitamin
Shaklee asbab alahan teruk mengandungkan Maryam (anak kedua), Nadia perasan yang
keadaan kulit wajah ada perubahan yang baik. Nadia masa tu dah bersyukur
sangat-sangat sebab rasa badan kembali bertenaga. Memang niat awal untuk
amalkan Vitamin Shaklee ni sebab nak bagi badan kuat sikit dengan banyak
tanggungjawab yang digalas pada masa tu. Mengandung, bekerja, belajar di
peringkat Sarjana, nak urus keluarga dan macam-macam lagi. Rupanya bonus sekali
kulit muka juga semakin improve. Alhamdulillah. Best tak tau nak habaq
kata orang Kedah๐
Apa yang Nadia ingat Nadia amalkan adalah Set Hamil
Shaklee. Dalam tu juga ada vitamin yang bagus untuk kulit. Antara yang Nadia
amalkan ini juga ada dalam Set Rahmah yang Shaklee tawarkan pada bulan April
2023 ni iaitu Vitamin C dan ESP Shaklee. Harganya memang betul-betul padu dan sangat
boleh dimiliki.
Jom sama-sama cuba set vitamin kulit harga rahmah ni✌๐
No comments:
Post a Comment