Wednesday 9 August 2023

Kebaikan Vitamin E Shaklee

 Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua. Nadia ambil peluang untuk kongsi pula tentang Vitamin E. Vitamin E adalah vitamin antioksida dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik. Jantung manusia adalah organ utama yang perlu diberi penjagaan rapi. 




Antara nutrient yang bagus untuk jantung adalah CoQ10, Omega 3 dan juga VitaminE. Pengambilan harian Vitamin E yang mencukupi dapat melindungi diri daripada penyakit jantung.


Kandungan bahan premium dalam Vitamin E Shaklee. Kini dengan pembungkusan yang baharu dan kualiti yang terjamin.

Selain itu, Vitamin E dapat meningkatkan kualiti sperma di mana membantu struktur sperma agar lebih sihat dan sempurna, pergerakkan sperma dalam arah yang betul dan pengurusan andropaus yang lebih baik. Pengambilan Vitamin E yang konsisten dapat meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang mencukupi.

Vitamin E juga bagus kepada wanita. Salah satu fungsi Vitamin E adalah membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut dan bintik penuaan. Malah Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan wanita. Ia bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur, meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah hidup lebih lama dan membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.

Sedikit tambahan lagi, Vitamin E juga amat baik untuk memperbaiki arthritis dan mengurangkan kesan parut. Sempena bulan Ogos bulan kemerdekaan Malaysia, Shaklee menawarkan promosi Vitamin E Shaklee kepada kita semua. Harga promosi sangat menarik kerana harga sebelum promosi adalah seperti berikut :

Harga ahli untuk sebotol Vitamin E : RM128.00

Harga pasaran untuk sebotol Vitamin E : RM160.00

Di bawah adalah pakej promosi Vitamin E yang ditawarkan. 😎




Menarik sekali harga pakej promosi Vitamin E Shaklee. Jom sama-sama kita ambil peluang ini. Setakat ini dahulu Nadia berkongsi tentang kebaikan Vitamin E. InsyaAllah jumpa lagi untuk perkongsian akan datang.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga πŸ‘Œ




CoQ -Trol Plus Shaklee yang Awesome

 Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua, kalini Nadia sambung menulis tentang satu lagi bahan utama yang penting untuk kesihatan kita. Pernah dengar tentang "Coenzyme Q10" (CoQ10) yang sering disebut sebagai "CoQ-Trol? Jom kita berkenalan lagi. CoQ10 adalah nutrisi yang amat penting untuk membantu jantung kita mempunyai tenaga yang mencukupi agar ia dapat berfungsi dengan cekap.

Nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10) juga berfungsi membantu kesihatan salur darah. Ada yang bertanya adakah CoQ10 ini boleh didapati dalam pemakanan harian kita? Ya boleh, akan tetapi amaun yang diperolehi daripada pemakanan adalah sangat kurang iaitu anggaran 10 mg sahaja sehari. Apatah lagi jika seseorang itu tidak mengamalkan diet yang seimbang, faktor usia dan terdedah kepada radikal bebas, maka ianya akan mengurangkan lagi amaun CoQ10 yang diperlukan oleh badan.

Mampukan kita untuk memastikan semua item di atas di ambil agar keperluan CoQ10 kita mencukupi?

Jom kita fahami lagi kebaikan nutrien CoQ10. CoQ10 telah dibuktikan di dalam kajian bahawa ianya dapat:

1. Membantu menghasilkan tenaga di dalam organ jantung manusia iaitu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan palpitasi jantung.

2. Berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambah stamina dan mengurangkan simptom kelesuan.

3. Menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 dalam darah apabila seseorang itu senantiasa memastikan ia mengambil nutrien CoQ10 secukupnya.

4. Merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif.



5. Membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan nutrisi untuk pemulihan kulit agar kulit lebih kelihatan tegang.

6. Mengurangkan kadar stress dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk kualiti sperma dan juga membantu meningkatkan kualiti ovum wanita.

7. Memberi kesan positif bagi mereka yang mengalami kerosakan otot. 

8. Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi.

Terlalu banyak kebaikan yang ada pada nutrien CoQ10 ini. JIka anda tak pernah cuba, Nadia sangat sarankan anda untuk amalkan. 

Shaklee sendiri menghasilkan satu produk yang diberi nama CoQ-Trol Plus. Sebotol CoQ-Trol Plus Shaklee ada 30 biji. Kelebihan utama bagi produk yang dihasilkan ini adalah ia menampilkan campuran semulajadi proprietary 100 mg CoQ10 dan resveraterol di dalam sofgel yang bioavailable. Dari segi food securitybioavailable ini adalah ianya telah tersedia dengan secukupnya yang boleh dinikmati oleh penggunanya. Kelebihan CoQ10 yang mengandungi resveraterol terbukti dapat merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

Inilah dia produk CoQ-Trol Plus yang mengandungi Resveraterol. Shaklee amat menitikberatkan nutrien yang baik dinikmati oleh penggunanya


Sekian untuk kali ini tentang satu lagi nutrien terbaik yang badan kita perlukan. Hingga jumpa lagiπŸ‘

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga πŸ‘Œ