Wednesday 9 August 2023

Kebaikan Vitamin E Shaklee

 Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua. Nadia ambil peluang untuk kongsi pula tentang Vitamin E. Vitamin E adalah vitamin antioksida dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik. Jantung manusia adalah organ utama yang perlu diberi penjagaan rapi. 




Antara nutrient yang bagus untuk jantung adalah CoQ10, Omega 3 dan juga VitaminE. Pengambilan harian Vitamin E yang mencukupi dapat melindungi diri daripada penyakit jantung.


Kandungan bahan premium dalam Vitamin E Shaklee. Kini dengan pembungkusan yang baharu dan kualiti yang terjamin.

Selain itu, Vitamin E dapat meningkatkan kualiti sperma di mana membantu struktur sperma agar lebih sihat dan sempurna, pergerakkan sperma dalam arah yang betul dan pengurusan andropaus yang lebih baik. Pengambilan Vitamin E yang konsisten dapat meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang mencukupi.

Vitamin E juga bagus kepada wanita. Salah satu fungsi Vitamin E adalah membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut dan bintik penuaan. Malah Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan wanita. Ia bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur, meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah hidup lebih lama dan membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.

Sedikit tambahan lagi, Vitamin E juga amat baik untuk memperbaiki arthritis dan mengurangkan kesan parut. Sempena bulan Ogos bulan kemerdekaan Malaysia, Shaklee menawarkan promosi Vitamin E Shaklee kepada kita semua. Harga promosi sangat menarik kerana harga sebelum promosi adalah seperti berikut :

Harga ahli untuk sebotol Vitamin E : RM128.00

Harga pasaran untuk sebotol Vitamin E : RM160.00

Di bawah adalah pakej promosi Vitamin E yang ditawarkan. 😎




Menarik sekali harga pakej promosi Vitamin E Shaklee. Jom sama-sama kita ambil peluang ini. Setakat ini dahulu Nadia berkongsi tentang kebaikan Vitamin E. InsyaAllah jumpa lagi untuk perkongsian akan datang.



#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌




CoQ -Trol Plus Shaklee yang Awesome

 Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua, kalini Nadia sambung menulis tentang satu lagi bahan utama yang penting untuk kesihatan kita. Pernah dengar tentang "Coenzyme Q10" (CoQ10) yang sering disebut sebagai "CoQ-Trol? Jom kita berkenalan lagi. CoQ10 adalah nutrisi yang amat penting untuk membantu jantung kita mempunyai tenaga yang mencukupi agar ia dapat berfungsi dengan cekap.

Nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10) juga berfungsi membantu kesihatan salur darah. Ada yang bertanya adakah CoQ10 ini boleh didapati dalam pemakanan harian kita? Ya boleh, akan tetapi amaun yang diperolehi daripada pemakanan adalah sangat kurang iaitu anggaran 10 mg sahaja sehari. Apatah lagi jika seseorang itu tidak mengamalkan diet yang seimbang, faktor usia dan terdedah kepada radikal bebas, maka ianya akan mengurangkan lagi amaun CoQ10 yang diperlukan oleh badan.

Mampukan kita untuk memastikan semua item di atas di ambil agar keperluan CoQ10 kita mencukupi?

Jom kita fahami lagi kebaikan nutrien CoQ10. CoQ10 telah dibuktikan di dalam kajian bahawa ianya dapat:

1. Membantu menghasilkan tenaga di dalam organ jantung manusia iaitu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan palpitasi jantung.

2. Berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambah stamina dan mengurangkan simptom kelesuan.

3. Menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 dalam darah apabila seseorang itu senantiasa memastikan ia mengambil nutrien CoQ10 secukupnya.

4. Merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif.



5. Membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan nutrisi untuk pemulihan kulit agar kulit lebih kelihatan tegang.

6. Mengurangkan kadar stress dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk kualiti sperma dan juga membantu meningkatkan kualiti ovum wanita.

7. Memberi kesan positif bagi mereka yang mengalami kerosakan otot. 

8. Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi.

Terlalu banyak kebaikan yang ada pada nutrien CoQ10 ini. JIka anda tak pernah cuba, Nadia sangat sarankan anda untuk amalkan. 

Shaklee sendiri menghasilkan satu produk yang diberi nama CoQ-Trol Plus. Sebotol CoQ-Trol Plus Shaklee ada 30 biji. Kelebihan utama bagi produk yang dihasilkan ini adalah ia menampilkan campuran semulajadi proprietary 100 mg CoQ10 dan resveraterol di dalam sofgel yang bioavailable. Dari segi food securitybioavailable ini adalah ianya telah tersedia dengan secukupnya yang boleh dinikmati oleh penggunanya. Kelebihan CoQ10 yang mengandungi resveraterol terbukti dapat merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

Inilah dia produk CoQ-Trol Plus yang mengandungi Resveraterol. Shaklee amat menitikberatkan nutrien yang baik dinikmati oleh penggunanya


Sekian untuk kali ini tentang satu lagi nutrien terbaik yang badan kita perlukan. Hingga jumpa lagi👍

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌


Sunday 4 June 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Cerita kali ini adalah mengenai Multivitamin. Multivitamin ni adalah salah satu suplemen yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita.

Ya betul anda boleh dapatkan vitamin dan mineral melalui pemakanan harian, namun adakalanya nutrisi itu tidak mencukupi. Suplemen membantu untuk merapatkan kembali jurang nutrisi yang ada.

Kanak-kanak juga perlukan nutrisi harian yang mencukupi
- Gambar ihsan Google



Tubuh badan yang cukup nutrisi dapat membantu melawan infeksi dan mempercepatkan proses pemulihan ketika sakit.  Selain itu keadaan kesihatan jantung, tulang dan mental juga menjadi semakin baik sekiranya kita mengambil multivitamin dengan konsisten dan juga perlu selalu diingatkan bahawa memilih mengamalkan pemakan sihat dan cara hidup yang sihat adalah keutamaan buat kita semua💚

Suplemen Shaklee juga mempunyai Multivitamin. Dahulu ia dipanggil Vita-Lea Iron Plus dan kini ia dipanggil Vita-Lize. 




Sebelum ini multivitamin Shaklee dikenali sebagai Vita-Lea Iron Plus


Multivitamin shaklee kini berwajah baharu dan juga diformulasi baharu. Vita-Lize adalah nutrisi penting untuk kesihatan optimum. Anda juga boleh membaca di sini tentang Mulvitamin Shaklee.

Multivitamin Shaklee yang pertama adalah pada tahun 1915. Wow😎

Penambahan formula baharu untuk Vita-Live Shaklee

Jika anda belum mengamalkan mana-mana suplemen multivitamin, anda boleh mencari info untuk mendapatkan multivitamin yang terbaik. Jom satu rumah satu Vita-Lize 👍 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌








Umur yang Panjang atau Umur yang Berkat

Berapa umur anda hari ini? 41 tahun? 13 tahun? Atau 25 tahun? Kalini Nadia menulis untuk berkongsi tentang Umur yang panjang atau Umur yang Berkat? Berbicara menganai umur ini juga boleh menjadi satu kata-kata motivasi buat kita bersama. Dalam kehidupan antara makhluk Allah yang pantas bergerak adalah masa. Apabila masa pantas bergerak, maka umur kita juga semakin bertambah.

Dahulunya kita di alam sekolah rendah, sedar-sedar sekarang dah pun ada cahayamata sendiri. Ada di kalangan kita yang Allah izinkan dan Allah beri petunjuk maka orang itu semakin memanfaatkan umur dan kehidupannya. Jika dahulu dia sangat jauh dengan tuhan, kini dialah yang selalu beramal dengan ilmu yang dia pelajari. Begitu juga sebaliknya, ada yang semakin berusia tetapi orang itu semakin jauh dengan tuhan. Mohon dijauhkan daripada menjadi golongan yang lupakan tuhannya.

Saat kita bertambah usia, kita memiliki kesempatan untuk membina hubungan yang lebih baik, mencapai hajat dan keinginan, serta kita juga dapat memberikan impak positif pada kehidupan orang lain. Satu kesyukuran buat kita. Berbicara tentang syukur juga boleh dibaca sebagai kata-kata motivasi.

Bahkan Rasulullah membezakan dua lelaki yang panjang umur tetapi tidak digunakan kelebihan usianya dengan amalan yang baik. Perkara ini direkodkan ketika Rasulullah ditanya oleh seorang lelaki. Kata lelaki itu:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: “مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ” قَالَ: “فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟” قَالَ: “مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih)

Sebaiknya, dalam meneruskan baki kehidupan ini, sama-sama kita fokus untuk mengisi setiap hari yang dilalui dengan circle yang membina agar hidup ini lebih bermakna dan kita sendiri dapat merasakan setiap kerja buat kita adalah bermanfaat dan diredhoinya. Dengan izin tuhan, itulah umur yang panjang dan umur yang berkat. Ameen.


Friday 26 May 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua, kali ini nak cerita Shaklee adalah sebuah perniagaan yang mempunyai akta jualannya. Setiap tahun, semua ahli yang ingin meneruskan keahlian perlu untuk perbaharui kembali status keahlian masing-masing. Menariknya adalah kaedah yang Renewal yang Shaklee sediakan😊

Sebelum kita bercerita tentang Renewal Mudah dengan Shaklee, kita tahu dulu bagaimana kaedah pendaftaran untuk menjadi ahli Shaklee. Ada dua cara:

Cara pertama adalah dengan membuat pendaftaran yuran Shaklee sebanyak RM35.00 sahaja dan anda terus dapat membuat belian produk Shaklee dengan harga ahli.


Cara kedua adalah dengan membeli produk promosi yang Shaklee berikan sekaligus keahlian percuma.Maksudnya anda beli produk promosi tersebut dan anda terus mendapat keahlian Shaklee. Contohnya seperti gambar di bawah.







Dah tahu kan cara menjadi ahli, okay sekarang kita belajar pula cara Renewal Mudah Dengan Shaklee.

Cara Pertama, adalah dengan membeli satu sahaja produk, maka secara automatik (secara PERCUMA) keahlian akan diperbaharui. Sebagai contoh, Nadia membeli satu tong ESP Shaklee seperti gambar di bawah maka Nadia terus dapat membuat renewal dengan mudah💚


Cara kedua pula ialah, ahli sediada boleh juga membuat belian produk yang ada promosi maka keahlian juga akan terus diperbaharui. Keahlian juga diperbaharui secara percuma.


Cara ketiga, sekiranya keahlian Shaklee sudah terlalu lama tidak diperbaharui (melebihi setahun ke atas), maka boleh mendaftar kembali dan hanya membayar RM35.00 sahaja.

Inilah perkongsian Nadia kalini tentang Renewal Mudah dengan Shaklee. Jom sama-sama pilih renew percuma dengan Shaklee 👍

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌



Cash Rebate Dapat Makan Vitamin PERCUMA

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua. Salah satu seronoknya makan Vitamin Shaklee ni sebab berpeluang dapat Cash Rebate. Maksudnya bila kita buat belian diri sendiri atau belian yang kita kumpulkan dan jumlah belian tu mencecah 510 ringgit ke atas maka Shaklee akan terus masukkan sejumlah amaun ke dalam akaun bank kita. Jadinya cash rebate yang diberi itu boleh digunapakai untuk belian semula vitamin Shaklee😍

Cash rebate ni juga adalah kelebihan kepada ahli Shaklee yang ingin makan sendiri  Selain itu, bagi mereka yang ingin berniaga dengan Shaklee maka Cash Rebate ini adalah pulangan hasil atas titik peluh mereka. Istilah bonus digunapakai bagi mereka yang berniaga Shaklee.


Contoh Pengiraan Cash Rebate/Bonus Shaklee


Pentingkah atau berbaloikah Cash Rebate ini? Pada pandangan Nadia, ianya berbaloi dan penting kerana ianya diberi dalam bentuk tunai. Sekiranya kita tidak berhajat untuk menggunakan cash rebate itu untuk belian semula vitamin Shaklee, ia boleh diguna untuk pelbagai perkara lain. Sangat bagus.




Sebagai contoh, harga vitamin promosi seperti gambar di bawah adalah RM99.00. Cash Rebate yang diterima adalah RM24.00. Maka, sudah ada penjimatan di situ dan hanya mengeluarkan duit sebanyak RM75.00, set promosi ini sudah boleh dimiliki. Seandainya Cash Rebate yang diterima berjumlah RM120.00 maka produk promosi boleh dimiliki terus hanya dengan menikmati Cash Rebate tersebut. Wow😎



Sekali lagi ianya berbaloi dan penting buat anda yang berpeluang menikmati Cash Rebate daripada Shaklee👍

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌

Tuesday 16 May 2023

Set Hello New You Shaklee

Tahun 2022 yang lalu Shaklee dah tawarkan satu set yang sangat bagus untuk mereka yang ingin diet secara sihat. Banyak bulan juga Shaklee keluarkan set ni. Tahun 2023 ni Shaklee sekali lagi keluarkan set yang sama. Jom kita tengok apa yang ada dengan Set Hello New YouShaklee ni.




Ada 4 produk yang ditawarkan beserta hadiah-hadiah percuma bagi mereka yang membeli set ini.

Pertama, Herblax Shaklee. Peranan utama ialah Herblax akan membantu membersihkan usus. Ianya penting untut pastikan usus kita clean kerana ia memudahkan proses untuk usus menyerap nutrient-nutrien baik yang kita makan. Jika usus kotor (selalu sembelit) ianya akan membuatkan kita tidak akan mendapat khasiat dengan baik kerana proses penyerapan tidak berlaku dengan sepatutnya. Kebiasaannya orang yang selalu sembelit juga mempunyai toksin yang banyak di dalam badan.

Lecithin dan Omega Shaklee. Pentingnya Lecithin ini ia akan membantu untuk menyingkirkan lemak-lemak semasa proses penghadaman kerana ia berfungsi sebagai pengemulsi semulajadi. Omega pula membantu untuk bantu tubuh mengahadapi keradangan. Gabungan kebaikan Lecithin dan Omega ini dapat membantu untuk menurunkan paras kolestrol jahat, membantu menstabilkan tekanan darah, dan juga mencerdaskan fungsi otak.

Seterusnya adalah Cinch Shake Shaklee. Kelebihan Cinch Shake Shaklee adalah ianya protein yang dapat membantu untuk perut lebih kenyang dan tidak terlalu mengambil lebih banyak makanan karbohidrat yang lain. Kalian juga boleh melihat dengan lebih banyak info di https://www.shaklee.com.my/content/hello-new-you.

Nadia juga pernah ceritakan tentang set ni di sini. Sekiranya anda memang memiliki impian untuk sihat dan cergas serta cerdas di tahun 2023, jom sama-sama cuba Set Hello New You Shaklee. Seperti biasa dan selalunya, Nadia tetap nasihatkan untuk kita juga mengamalkan senaman dan menjaga pemakanan harian kerana gabungan semua ini insyaAllah menjadikan kita hamba Allah yang bukan sahaja nak sihat tetapi sangat mensyukuri setiap nikmat yang diberikan tuhan💚💚💚

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌

Hari Raya Open House

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai Semua.

Hari Raya 2023 baru-baru ni, adik Nadia jemput kami sekeluarga ke rumahnya pada hari Rabu 26 April 2023. Adik ada buat Jamuan Hari Raya plus dengan Jamuan masuk rumah baharu. Masatu nak balik ke Perlis Hari Raya Kedua, tanyalah dekat adik, nak akak mai tolong dak nanti? Dia jawab, lagi syiok sebab dia ada buat menu tambahan yang kena prepare sendiri. Okeh baik✌ 

Tahun 2023 ni kita dapat saksikan ramai yang buat Hari Raya Open House di sana-sini.

Mulanya plan nak gerak hari kejadian sesudah subuh. Tapi last sekali gerak awal kiranya tidur semalam di rumah adik. Masa sebelum gerak Nadia dah rasa tekak ni macam nak hilang suara ja.  Kebiasaan bilamana raya ni waktu tidur pun dah bertukar. Hehe

Malam tu Nadia dan adik-adik mulakan dengan hal-hal yang ringan dan pagi esoknya mulalah dengan aktiviti yang sebenar. Panggilan kenduri ni adik dan suaminya jemput 400 orang. Nadia siap bergurau dengan adik cakap dekat dia dah boleh dah ni ambil pengalaman esok nak kenduri anak kahwin. Banyak tu panggilan 400 orang.

Mulanya kami tanak nasi dulu sebab ada menu tambahan gulai ikan. Jadi gulai ikan tu makan dengan nasi putih. Badan Nadia masa ni rasa weng (tak berapa ok) tapi ambil terus beberapa biji Vitamin C Shaklee, ESP sebab tak nak rasa lapar sebab nak fokus buat kerja dan juga Omega Shaklee. Lepastu rasa ok sikit.

Selesai tanak nasi putih, kukus ketupat, potong dan letak dalam bekas, lepastu tolong mak mertua adik yang Nadia panggil Wa nak bancuh air kopi. Sambung prepare nak buat bubur gandum pulak.Ha ni belum campur dengan menu catering yang adik tempah. Meriah oiii kenduri adik saya. Tak lama selepas tu keluarga sebelah adik ipar Nadia (family in law adik Nadia) tiba untuk  sediakan menu seterusnya iaitu otak-otak, kambing bakar dan minuman teh Tarik. Ha menu catering pulak adalah Nasi Daging, lontong, satay, nasi impit, laksa, rendang. Kuih raya, kek dan dadih pun ada. Banyak dak menu ?Hehe sungguh banyak menunya😘😘😘

Selesai kenduri, kami mula berkemas dan selepas solat isya’ Nadia dan keluarga pun minta diri nak balik ke Perlis. 3 hari juga hilang suara selepas tu. Sakan juga penangan raya kalini. Apa pun syukur ada supplement Shaklee yang terbaik di bawa ke mana sahaja beraya bersama. Sempat ada dua keping gambar ni yang orang lain tolong snap. Gambar lain tak dan penangan Hari Raya Open House 2023 😍

Kedua-dua gambar ini bersama-sama dengan sanak saudara yang hadir ke rumah adik






#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga 👌



Monday 1 May 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Raya 2023 kalini suasana yang indah buat keluarga kecil kami berlima. Ianya Syawal pertama Muhammad dah di alam remaja. Hari Muhammad balik dari asrama, Nadia dah sediakan menu rendang ayam untuk juadah berbuka. Rasa haritu macam dah Raya. Malamnya kami sama-sama berterawih di masjid dan Muhammad bersama Babanya sambung pula iktikaf di sana. Terima kasih Ya Allah atas peluang dan rahmatmu.

Berbeza rasa bila dah ada anak yang duduk di asrama. Rasa seronok menunggu dia balik. Maryam dan Nur pun sama-sama happy bila lengkap abang ada di rumah. Hari Khamis, 20hb April 2023 kami balik ke kampung di Alor Setar, Kedah. Masa ni lagilah riuh-rendah bilamana lengkap kami 5 beradik, 3 ipar-duai, 10 orang cucu bersama dengan Tok Ayah dan Mak Siti. Jumlahnya 21 orang. Sewaktu berbuka, Nadia masakkan koteow goreng dan ada yang ke Bazar Ramadhan di Stadium Alor Setar.

Masa nak balik Alor Setar tu dok terfikir nak bawa satu tong atau nak letak dalam Tupperware sahaja ya ESP Shaklee ni? Masa tu belum ada pengumuman raya lagi. Akhirnya buat keputusan nak bawa balik satu tong. Alhamdulillah lega sebab Jumaat tu puas hati dapat bersahur dengan ESP Shaklee kesayangan. Haa lagi puas hati sebab beli dengan harga promosi yang berbaloi.hehe

haa, murahkan harga promosi. Mei ni pun ada lagi promosi ni ✌


Hari Sabtu hari di mana semua umat islam meraikan kegembiraan makan juadah raya pun Nadia ambil bersama dengan supplement Shaklee sebab itu dah jadi rutin kehidupan. Suami dengan anak-anak pun Nadia berikan sekali. Ramai juga yang raikan Hari Raya Dengan Shaklee tau 😘

Semua yang ada dalam gambar ni Nadia usung masa balik kampung Raya baru ni 😃


Sebenarnya 1 Syawal ni bila usia dah makin dewasa, rasa meraikan tu jadi teruja bila tengok wajah anak-anak yang sangat enjoy. Momen bermain bunga api dan mercun (ditaja oleh ibu saudara mereka yang baik hati), momen mereka bersama sepupu keluar kutip duit raya, momen anak-anak tidur lewat dok bersembang macam-macam topik tak habis-habis dan pelbagai lagi yang anak-anak lalui bila raya 2023 kalini sangat disyukuri. Alhamdulillah mereka pun sihat dan ceria sepanjang berhari raya. Nadia dan suami memang berikhtiar berikan supplement Shaklee yang terbaik untuk kami seisi keluarga.

Kiranya Jadual Raya kami,

Raya Pertama Alor Setar, Kulim, Alor Setar (Ziarah Keluarga sebelah Nadia)

Raya Kedua Perlis (Ziarah Keluarga sebelah suami)

Raya Ketiga Perlis (Ziarah ke rumah rakan-rakan )

Raya Keempat Perlis Alor Setar (Bertolak ke rumah adik untuk kenduri kesyukuran)

Raya Kelima Alor Setar (Kenduri Kesyukuran)

Raya Keenam dan seterusnya kami di Perlis sahaja menikmati momen sebelum hantar Muhammad ke asrama💗


Raya 2023 / Syawal 1444H

Sekarang ni dengan musim puasa enam dan jamuan Aidilfitri yang berbaki untuk kita raikan sama-sama kita juga beringat untuk menjaga kesihatan dengan suasana cuaca panas dan hujan ribut beserta virus yang tak pernah hilang setelah ia muncul di tahun 2020 dulu. Sempat juga batuk dan hilang suara sekejap masa raya haritu dan Alhamdulillah semakin baik dah 😊Take care semuanya.

Selamat Hari Raya Aildilfitri 2023, Syawal 1444H. Maaf Zahir Batin💚

Didoakan amalan kita pada bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima oleh Allah Ta’ala, Ameen Ya Robb.


Jika ada yang nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia 👌  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat


Thursday 27 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia

Bismillahirrohmanirrohim

Hai semua. Bersua lagi dan kali ni kita menulis entri pertama di bulan Syawal. Alhamdulillah Ramadhan dihayati kini Syawal pula dirai. Sebut tentang Syawal pastinya kanak-kanak yang paling seronok sebab dah terbayang duit raya.

Dalam berniaga Shaklee pun seronok juga. Shaklee akan beri insentif atas apa yang kita usahakan. Kalini Nadia nak menulis tentang Insentif Shaklee Malaysia. Setiap bulan Shaklee akan berikan bonus bulanan kepada semua yang mencapai target jualan. Serendah RM25 pun Shaklee tetap akan berikan dan amaun yang paling tinggi ialah tiada limit. 

Cara Pengiraan Bonus Shaklee


Ada yang dah merasai bonus 6 angka, 5 angka semuanya Shaklee bayar dengan konsisten setiap bulan. Bonus bulanan ni juga Shaklee berikan tidak mengira baru atau dah lama berniaga Shaklee. Di sini juga ada rakan yang bercerita tentang Insentif Shaklee Malaysia

Contoh bonus yang Shaklee bayarkan kepada individu yang mencapai target jualan 

Seterusnya adalah insentif berbentuk trip. Trip pelancongan ini biasanya disediakan dua jenis iaitu Regional Trip dan International Trip. Ada yang berpeluang untuk dapat keduanya dan ada yang direzekikan salah satu. Kebiasaannya di awal permulaan Cycle baru Pihak Shaklee akan giat menceritakan bagaimana cara dan kaedah untuk berpeluang menikmati Insentif berbentuk trip ini. Shaklee sebolehnya ingin memastikan lebih ramai lagi yang berpeluang untuk memperolehi tiket ke trip Regional dan International. Selain itu, trip ini juga bukan sahaja boleh dinikmati oleh individu yang berniaga Shaklee, malahan ahli keluarga juga boleh turut serta. Ada yang telah turut serta dengan membawa bersama pasangan, anak-anak dan ibu ayah. Kiranya dah jadi percutian satu keluarga😎


Trip terbaru Shaklee tawarkan untuk Cycle baru 2023/2024



Trip bagi Cycle yang lepas

Insentif yang ketiga pula ialah dipanggil sebagai Bonus kereta. Walaupun ianya dinamakan bonus kereta, Shaklee tetap membayar dalam bentuk tunai kepada mereka yang layak. Ianya boleh menjadi pilihan kepada individu tersebut samada nak bayar duit kereta, nak buat simpanan, nak beli emas atau lain-lain perkara yang sesuai. Bonus Kereta ini juga akan dibayar setiap bulan bersama-sama dengan bonus bulanan kepada mereka yang layak. Kaedah Shaklee yang memberikan bonus kereta secara tunai ini dikira sangat menarik.

3 Insentif Shaklee Malaysia berikan kepada anda


Penerima Bonus Kereta akan diberikan trofi dan replika kunci ini. Bayarannya pula diberikan dalam bentuk tunai😊


Inilah antara Insentif yang Shaklee tawarkan. Jika ada yang nak tahu macamana cara nak dapatkan Insentif di atas atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia 👌  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat


Thursday 13 April 2023

Nak Kurus Dengan Cepat

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua 😃 Dah 23 hari berpuasa kita. Bila berpuasa ni hampa (awak) semua dah kurus ka tue? Hehe biasanya ada yang sedar keadaan fizikal ada susut sikit berbanding sebelum ni. Okay kalini kita tak nak bercerita puasa semata-amata untuk kurus. Nanti jadi sia-sia pula amalan puasa di bulan yang penuh keberkatan ni kan. Sama-sama kita teruskan memburu nikmat yang dijanjikan bagi mereka yang mengimarahkan bulan Ramadhan, insyaAllah Ameen.

Baik, Jom kita cerita topik Nak Kurus Dengan Cepat. Ada juga yang dah kongsikan bagaimana Nak Kurus Dengan Cepat tu dan boleh juga kita baca bersama 👌

Selalunya orang perempuan yang sinonim dengan perkataan nak kurus. Tapi, zaman sekarang ni lelaki pun suka kalau badan jadi slim semula. Jika boleh pilih kurus dengan cepat dan sihat kenapa kita nak tolak betul dak?

Biasanya berat badan Nadia Alhamdulillah okay dan tak pernah BMI mencecah overweight. Tapi kan Nadia lebih suka jika berat tu ideal dan Nadia sendiri rasa badan sihat untuk teruskan aktiviti harian. Badan yang cergas dan minda yang cerdas juga bantu agar kesihatan emosi jadi stabil. Jom Nadia kongsikan pengalaman sendiri cara dan kaedah untuk kurus dengan cepat dan sihat. Nadia hanya teruskan 3 perkara ini sahaja.

1. Bersenam

Nadia kiranya dah umur 30-an baru nak berjinak dengan senaman. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bersenam. Bila kalian mula konsisten senaman?  Biasanya jika cuaca cerah Nadia suka untuk jogging di luar rumah. Sambil jogging sambil lihat persekitaran luar yang indah. Fresh air pun dapat  Suasana di kawasan rumah juga banyak kawasan hijau yang boleh dilihat dan satu terapi juga untuk kesihatan mata. Adakalanya Nadia berbasikal. Tapi kan kalau haritu cuaca mendung dan tak mengizinkan Nadia pilih senaman di dalam rumah. Nadia buat aktiviti power walk sahaja. Pilih mana-mana video dan follow sekali. Jadi kita tak rasa macam bosan sebab ada teman dalam video. Dari segi masa untuk senaman, biasanya Nadia lebih kepada memilih waktu pagi. Kalau dah rajin terlebih tu pagi dan petang pun Nadia buat . Tapi payah juga nak rajin terlebih. Setakat rajin waktu pagi pun dah cukup hehe.

Bersenam bersama anak-anak di hujung minggu. Ni masa awal Mac 2023 haritu 💚

Salah satu pemandangan indah yang Nadia rakamkan ketika senaman di pagi hari


2. Makan makanan sebenar

Makan makanan sebenar ni maksudnya makan makanan yang dimasak samada kita masak sendiri atau kita makan di kedai makan. Ianya lebih baik daripada kita selalu amalkan process food atau junk food. Sesekali tu tak apa tapi jika selalu sangat dah jadi tak baik untuk kesihatan. Memang agak renyah dan kadangkala memenatkan untuk memasak ni. Tapi bila dah biasa buat dan pandai atur menu aktiviti memasak jadi lebih cepat dan menu pun sedap walau ringkas sahaja😋 Bila memasak ni kita boleh agak keperluan untuk kita makan dengan kenyang, sihat dan kalori yang cukup. Setuju kan 😁

Sedap sangat makan makan sebenar macamni. Lengkap Nutrisi sekali. Ini di kedai makan.

zamzamsynergy.blogspot.com
Salah satu menu yang Nadia dan suami makan 😋

zamzamsynergy.blogspot.com
Ini juga antara bahan mentah yang selalu dibeli. Kesukaan anak kedua dan ketiga 


3. Pengambilan Supplement Kesihatan.

Nadia memang dah biasa amalkan Vitamin Shaklee sejak 9 tahun yang lalu. Nadia pilih Shaklee sebab produk Shaklee Beyond Organic dan ada penyelidikan yang terbaik. Nadia pun ada cerita di sini kenapa ramai rakyat Malaysia memilih Shaklee untuk mereka amalkan. Lagi satu kan kalian juga boleh baca tentang apa itu Set Kurus Shaklee di sini 👍

Sebahagian Vitamin yang Nadia bawa kemana-mana juga bila travel

Bersenam, makan makanan sebenar dan amalkan Vitamin Shaklee antara cara Nadia untuk senantiasa konsisten kurus dengan cepat dan sihat. Jangan takut untuk kalian memulakannya hari ini. Belum terlambat lagi untuk sama-sama kita jayakan 💪💪

Jika ada yang nak tahu macamana cara nak daftar percuma keahlian Shaklee atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia 👌  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat