Friday 26 May 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua, kali ini nak cerita Shaklee adalah sebuah perniagaan yang mempunyai akta jualannya. Setiap tahun, semua ahli yang ingin meneruskan keahlian perlu untuk perbaharui kembali status keahlian masing-masing. Menariknya adalah kaedah yang Renewal yang Shaklee sediakan๐Ÿ˜Š

Sebelum kita bercerita tentang Renewal Mudah dengan Shaklee, kita tahu dulu bagaimana kaedah pendaftaran untuk menjadi ahli Shaklee. Ada dua cara:

Cara pertama adalah dengan membuat pendaftaran yuran Shaklee sebanyak RM35.00 sahaja dan anda terus dapat membuat belian produk Shaklee dengan harga ahli.


Cara kedua adalah dengan membeli produk promosi yang Shaklee berikan sekaligus keahlian percuma.Maksudnya anda beli produk promosi tersebut dan anda terus mendapat keahlian Shaklee. Contohnya seperti gambar di bawah.







Dah tahu kan cara menjadi ahli, okay sekarang kita belajar pula cara Renewal Mudah Dengan Shaklee.

Cara Pertama, adalah dengan membeli satu sahaja produk, maka secara automatik (secara PERCUMA) keahlian akan diperbaharui. Sebagai contoh, Nadia membeli satu tong ESP Shaklee seperti gambar di bawah maka Nadia terus dapat membuat renewal dengan mudah๐Ÿ’š


Cara kedua pula ialah, ahli sediada boleh juga membuat belian produk yang ada promosi maka keahlian juga akan terus diperbaharui. Keahlian juga diperbaharui secara percuma.


Cara ketiga, sekiranya keahlian Shaklee sudah terlalu lama tidak diperbaharui (melebihi setahun ke atas), maka boleh mendaftar kembali dan hanya membayar RM35.00 sahaja.

Inilah perkongsian Nadia kalini tentang Renewal Mudah dengan Shaklee. Jom sama-sama pilih renew percuma dengan Shaklee ๐Ÿ‘

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ



Cash Rebate Dapat Makan Vitamin PERCUMA

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua. Salah satu seronoknya makan Vitamin Shaklee ni sebab berpeluang dapat Cash Rebate. Maksudnya bila kita buat belian diri sendiri atau belian yang kita kumpulkan dan jumlah belian tu mencecah 510 ringgit ke atas maka Shaklee akan terus masukkan sejumlah amaun ke dalam akaun bank kita. Jadinya cash rebate yang diberi itu boleh digunapakai untuk belian semula vitamin Shaklee๐Ÿ˜

Cash rebate ni juga adalah kelebihan kepada ahli Shaklee yang ingin makan sendiri  Selain itu, bagi mereka yang ingin berniaga dengan Shaklee maka Cash Rebate ini adalah pulangan hasil atas titik peluh mereka. Istilah bonus digunapakai bagi mereka yang berniaga Shaklee.


Contoh Pengiraan Cash Rebate/Bonus Shaklee


Pentingkah atau berbaloikah Cash Rebate ini? Pada pandangan Nadia, ianya berbaloi dan penting kerana ianya diberi dalam bentuk tunai. Sekiranya kita tidak berhajat untuk menggunakan cash rebate itu untuk belian semula vitamin Shaklee, ia boleh diguna untuk pelbagai perkara lain. Sangat bagus.




Sebagai contoh, harga vitamin promosi seperti gambar di bawah adalah RM99.00. Cash Rebate yang diterima adalah RM24.00. Maka, sudah ada penjimatan di situ dan hanya mengeluarkan duit sebanyak RM75.00, set promosi ini sudah boleh dimiliki. Seandainya Cash Rebate yang diterima berjumlah RM120.00 maka produk promosi boleh dimiliki terus hanya dengan menikmati Cash Rebate tersebut. Wow๐Ÿ˜Ž



Sekali lagi ianya berbaloi dan penting buat anda yang berpeluang menikmati Cash Rebate daripada Shaklee๐Ÿ‘

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ

Tuesday 16 May 2023

Set Hello New You Shaklee

Tahun 2022 yang lalu Shaklee dah tawarkan satu set yang sangat bagus untuk mereka yang ingin diet secara sihat. Banyak bulan juga Shaklee keluarkan set ni. Tahun 2023 ni Shaklee sekali lagi keluarkan set yang sama. Jom kita tengok apa yang ada dengan Set Hello New YouShaklee ni.




Ada 4 produk yang ditawarkan beserta hadiah-hadiah percuma bagi mereka yang membeli set ini.

Pertama, Herblax Shaklee. Peranan utama ialah Herblax akan membantu membersihkan usus. Ianya penting untut pastikan usus kita clean kerana ia memudahkan proses untuk usus menyerap nutrient-nutrien baik yang kita makan. Jika usus kotor (selalu sembelit) ianya akan membuatkan kita tidak akan mendapat khasiat dengan baik kerana proses penyerapan tidak berlaku dengan sepatutnya. Kebiasaannya orang yang selalu sembelit juga mempunyai toksin yang banyak di dalam badan.

Lecithin dan Omega Shaklee. Pentingnya Lecithin ini ia akan membantu untuk menyingkirkan lemak-lemak semasa proses penghadaman kerana ia berfungsi sebagai pengemulsi semulajadi. Omega pula membantu untuk bantu tubuh mengahadapi keradangan. Gabungan kebaikan Lecithin dan Omega ini dapat membantu untuk menurunkan paras kolestrol jahat, membantu menstabilkan tekanan darah, dan juga mencerdaskan fungsi otak.

Seterusnya adalah Cinch Shake Shaklee. Kelebihan Cinch Shake Shaklee adalah ianya protein yang dapat membantu untuk perut lebih kenyang dan tidak terlalu mengambil lebih banyak makanan karbohidrat yang lain. Kalian juga boleh melihat dengan lebih banyak info di https://www.shaklee.com.my/content/hello-new-you.

Nadia juga pernah ceritakan tentang set ni di sini. Sekiranya anda memang memiliki impian untuk sihat dan cergas serta cerdas di tahun 2023, jom sama-sama cuba Set Hello New You Shaklee. Seperti biasa dan selalunya, Nadia tetap nasihatkan untuk kita juga mengamalkan senaman dan menjaga pemakanan harian kerana gabungan semua ini insyaAllah menjadikan kita hamba Allah yang bukan sahaja nak sihat tetapi sangat mensyukuri setiap nikmat yang diberikan tuhan๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ

Hari Raya Open House

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai Semua.

Hari Raya 2023 baru-baru ni, adik Nadia jemput kami sekeluarga ke rumahnya pada hari Rabu 26 April 2023. Adik ada buat Jamuan Hari Raya plus dengan Jamuan masuk rumah baharu. Masatu nak balik ke Perlis Hari Raya Kedua, tanyalah dekat adik, nak akak mai tolong dak nanti? Dia jawab, lagi syiok sebab dia ada buat menu tambahan yang kena prepare sendiri. Okeh baik✌ 

Tahun 2023 ni kita dapat saksikan ramai yang buat Hari Raya Open House di sana-sini.

Mulanya plan nak gerak hari kejadian sesudah subuh. Tapi last sekali gerak awal kiranya tidur semalam di rumah adik. Masa sebelum gerak Nadia dah rasa tekak ni macam nak hilang suara ja.  Kebiasaan bilamana raya ni waktu tidur pun dah bertukar. Hehe

Malam tu Nadia dan adik-adik mulakan dengan hal-hal yang ringan dan pagi esoknya mulalah dengan aktiviti yang sebenar. Panggilan kenduri ni adik dan suaminya jemput 400 orang. Nadia siap bergurau dengan adik cakap dekat dia dah boleh dah ni ambil pengalaman esok nak kenduri anak kahwin. Banyak tu panggilan 400 orang.

Mulanya kami tanak nasi dulu sebab ada menu tambahan gulai ikan. Jadi gulai ikan tu makan dengan nasi putih. Badan Nadia masa ni rasa weng (tak berapa ok) tapi ambil terus beberapa biji Vitamin C Shaklee, ESP sebab tak nak rasa lapar sebab nak fokus buat kerja dan juga Omega Shaklee. Lepastu rasa ok sikit.

Selesai tanak nasi putih, kukus ketupat, potong dan letak dalam bekas, lepastu tolong mak mertua adik yang Nadia panggil Wa nak bancuh air kopi. Sambung prepare nak buat bubur gandum pulak.Ha ni belum campur dengan menu catering yang adik tempah. Meriah oiii kenduri adik saya. Tak lama selepas tu keluarga sebelah adik ipar Nadia (family in law adik Nadia) tiba untuk  sediakan menu seterusnya iaitu otak-otak, kambing bakar dan minuman teh Tarik. Ha menu catering pulak adalah Nasi Daging, lontong, satay, nasi impit, laksa, rendang. Kuih raya, kek dan dadih pun ada. Banyak dak menu ?Hehe sungguh banyak menunya๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Selesai kenduri, kami mula berkemas dan selepas solat isya’ Nadia dan keluarga pun minta diri nak balik ke Perlis. 3 hari juga hilang suara selepas tu. Sakan juga penangan raya kalini. Apa pun syukur ada supplement Shaklee yang terbaik di bawa ke mana sahaja beraya bersama. Sempat ada dua keping gambar ni yang orang lain tolong snap. Gambar lain tak dan penangan Hari Raya Open House 2023 ๐Ÿ˜

Kedua-dua gambar ini bersama-sama dengan sanak saudara yang hadir ke rumah adik






#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ



Monday 1 May 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Raya 2023 kalini suasana yang indah buat keluarga kecil kami berlima. Ianya Syawal pertama Muhammad dah di alam remaja. Hari Muhammad balik dari asrama, Nadia dah sediakan menu rendang ayam untuk juadah berbuka. Rasa haritu macam dah Raya. Malamnya kami sama-sama berterawih di masjid dan Muhammad bersama Babanya sambung pula iktikaf di sana. Terima kasih Ya Allah atas peluang dan rahmatmu.

Berbeza rasa bila dah ada anak yang duduk di asrama. Rasa seronok menunggu dia balik. Maryam dan Nur pun sama-sama happy bila lengkap abang ada di rumah. Hari Khamis, 20hb April 2023 kami balik ke kampung di Alor Setar, Kedah. Masa ni lagilah riuh-rendah bilamana lengkap kami 5 beradik, 3 ipar-duai, 10 orang cucu bersama dengan Tok Ayah dan Mak Siti. Jumlahnya 21 orang. Sewaktu berbuka, Nadia masakkan koteow goreng dan ada yang ke Bazar Ramadhan di Stadium Alor Setar.

Masa nak balik Alor Setar tu dok terfikir nak bawa satu tong atau nak letak dalam Tupperware sahaja ya ESP Shaklee ni? Masa tu belum ada pengumuman raya lagi. Akhirnya buat keputusan nak bawa balik satu tong. Alhamdulillah lega sebab Jumaat tu puas hati dapat bersahur dengan ESP Shaklee kesayangan. Haa lagi puas hati sebab beli dengan harga promosi yang berbaloi.hehe

haa, murahkan harga promosi. Mei ni pun ada lagi promosi ni ✌


Hari Sabtu hari di mana semua umat islam meraikan kegembiraan makan juadah raya pun Nadia ambil bersama dengan supplement Shaklee sebab itu dah jadi rutin kehidupan. Suami dengan anak-anak pun Nadia berikan sekali. Ramai juga yang raikan Hari Raya Dengan Shaklee tau ๐Ÿ˜˜

Semua yang ada dalam gambar ni Nadia usung masa balik kampung Raya baru ni ๐Ÿ˜ƒ


Sebenarnya 1 Syawal ni bila usia dah makin dewasa, rasa meraikan tu jadi teruja bila tengok wajah anak-anak yang sangat enjoy. Momen bermain bunga api dan mercun (ditaja oleh ibu saudara mereka yang baik hati), momen mereka bersama sepupu keluar kutip duit raya, momen anak-anak tidur lewat dok bersembang macam-macam topik tak habis-habis dan pelbagai lagi yang anak-anak lalui bila raya 2023 kalini sangat disyukuri. Alhamdulillah mereka pun sihat dan ceria sepanjang berhari raya. Nadia dan suami memang berikhtiar berikan supplement Shaklee yang terbaik untuk kami seisi keluarga.

Kiranya Jadual Raya kami,

Raya Pertama Alor Setar, Kulim, Alor Setar (Ziarah Keluarga sebelah Nadia)

Raya Kedua Perlis (Ziarah Keluarga sebelah suami)

Raya Ketiga Perlis (Ziarah ke rumah rakan-rakan )

Raya Keempat Perlis Alor Setar (Bertolak ke rumah adik untuk kenduri kesyukuran)

Raya Kelima Alor Setar (Kenduri Kesyukuran)

Raya Keenam dan seterusnya kami di Perlis sahaja menikmati momen sebelum hantar Muhammad ke asrama๐Ÿ’—


Raya 2023 / Syawal 1444H

Sekarang ni dengan musim puasa enam dan jamuan Aidilfitri yang berbaki untuk kita raikan sama-sama kita juga beringat untuk menjaga kesihatan dengan suasana cuaca panas dan hujan ribut beserta virus yang tak pernah hilang setelah ia muncul di tahun 2020 dulu. Sempat juga batuk dan hilang suara sekejap masa raya haritu dan Alhamdulillah semakin baik dah ๐Ÿ˜ŠTake care semuanya.

Selamat Hari Raya Aildilfitri 2023, Syawal 1444H. Maaf Zahir Batin๐Ÿ’š

Didoakan amalan kita pada bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima oleh Allah Ta’ala, Ameen Ya Robb.


Jika ada yang nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia ๐Ÿ‘Œ  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat