Tuesday 16 May 2023

Hari Raya Open House

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai Semua.

Hari Raya 2023 baru-baru ni, adik Nadia jemput kami sekeluarga ke rumahnya pada hari Rabu 26 April 2023. Adik ada buat Jamuan Hari Raya plus dengan Jamuan masuk rumah baharu. Masatu nak balik ke Perlis Hari Raya Kedua, tanyalah dekat adik, nak akak mai tolong dak nanti? Dia jawab, lagi syiok sebab dia ada buat menu tambahan yang kena prepare sendiri. Okeh baik✌ 

Tahun 2023 ni kita dapat saksikan ramai yang buat Hari Raya Open House di sana-sini.

Mulanya plan nak gerak hari kejadian sesudah subuh. Tapi last sekali gerak awal kiranya tidur semalam di rumah adik. Masa sebelum gerak Nadia dah rasa tekak ni macam nak hilang suara ja.  Kebiasaan bilamana raya ni waktu tidur pun dah bertukar. Hehe

Malam tu Nadia dan adik-adik mulakan dengan hal-hal yang ringan dan pagi esoknya mulalah dengan aktiviti yang sebenar. Panggilan kenduri ni adik dan suaminya jemput 400 orang. Nadia siap bergurau dengan adik cakap dekat dia dah boleh dah ni ambil pengalaman esok nak kenduri anak kahwin. Banyak tu panggilan 400 orang.

Mulanya kami tanak nasi dulu sebab ada menu tambahan gulai ikan. Jadi gulai ikan tu makan dengan nasi putih. Badan Nadia masa ni rasa weng (tak berapa ok) tapi ambil terus beberapa biji Vitamin C Shaklee, ESP sebab tak nak rasa lapar sebab nak fokus buat kerja dan juga Omega Shaklee. Lepastu rasa ok sikit.

Selesai tanak nasi putih, kukus ketupat, potong dan letak dalam bekas, lepastu tolong mak mertua adik yang Nadia panggil Wa nak bancuh air kopi. Sambung prepare nak buat bubur gandum pulak.Ha ni belum campur dengan menu catering yang adik tempah. Meriah oiii kenduri adik saya. Tak lama selepas tu keluarga sebelah adik ipar Nadia (family in law adik Nadia) tiba untuk  sediakan menu seterusnya iaitu otak-otak, kambing bakar dan minuman teh Tarik. Ha menu catering pulak adalah Nasi Daging, lontong, satay, nasi impit, laksa, rendang. Kuih raya, kek dan dadih pun ada. Banyak dak menu ?Hehe sungguh banyak menunya๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Selesai kenduri, kami mula berkemas dan selepas solat isya’ Nadia dan keluarga pun minta diri nak balik ke Perlis. 3 hari juga hilang suara selepas tu. Sakan juga penangan raya kalini. Apa pun syukur ada supplement Shaklee yang terbaik di bawa ke mana sahaja beraya bersama. Sempat ada dua keping gambar ni yang orang lain tolong snap. Gambar lain tak dan penangan Hari Raya Open House 2023 ๐Ÿ˜

Kedua-dua gambar ini bersama-sama dengan sanak saudara yang hadir ke rumah adik






#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ



No comments:

Post a Comment