Monday 1 May 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Raya 2023 kalini suasana yang indah buat keluarga kecil kami berlima. Ianya Syawal pertama Muhammad dah di alam remaja. Hari Muhammad balik dari asrama, Nadia dah sediakan menu rendang ayam untuk juadah berbuka. Rasa haritu macam dah Raya. Malamnya kami sama-sama berterawih di masjid dan Muhammad bersama Babanya sambung pula iktikaf di sana. Terima kasih Ya Allah atas peluang dan rahmatmu.

Berbeza rasa bila dah ada anak yang duduk di asrama. Rasa seronok menunggu dia balik. Maryam dan Nur pun sama-sama happy bila lengkap abang ada di rumah. Hari Khamis, 20hb April 2023 kami balik ke kampung di Alor Setar, Kedah. Masa ni lagilah riuh-rendah bilamana lengkap kami 5 beradik, 3 ipar-duai, 10 orang cucu bersama dengan Tok Ayah dan Mak Siti. Jumlahnya 21 orang. Sewaktu berbuka, Nadia masakkan koteow goreng dan ada yang ke Bazar Ramadhan di Stadium Alor Setar.

Masa nak balik Alor Setar tu dok terfikir nak bawa satu tong atau nak letak dalam Tupperware sahaja ya ESP Shaklee ni? Masa tu belum ada pengumuman raya lagi. Akhirnya buat keputusan nak bawa balik satu tong. Alhamdulillah lega sebab Jumaat tu puas hati dapat bersahur dengan ESP Shaklee kesayangan. Haa lagi puas hati sebab beli dengan harga promosi yang berbaloi.hehe

haa, murahkan harga promosi. Mei ni pun ada lagi promosi ni ✌


Hari Sabtu hari di mana semua umat islam meraikan kegembiraan makan juadah raya pun Nadia ambil bersama dengan supplement Shaklee sebab itu dah jadi rutin kehidupan. Suami dengan anak-anak pun Nadia berikan sekali. Ramai juga yang raikan Hari Raya Dengan Shaklee tau ๐Ÿ˜˜

Semua yang ada dalam gambar ni Nadia usung masa balik kampung Raya baru ni ๐Ÿ˜ƒ


Sebenarnya 1 Syawal ni bila usia dah makin dewasa, rasa meraikan tu jadi teruja bila tengok wajah anak-anak yang sangat enjoy. Momen bermain bunga api dan mercun (ditaja oleh ibu saudara mereka yang baik hati), momen mereka bersama sepupu keluar kutip duit raya, momen anak-anak tidur lewat dok bersembang macam-macam topik tak habis-habis dan pelbagai lagi yang anak-anak lalui bila raya 2023 kalini sangat disyukuri. Alhamdulillah mereka pun sihat dan ceria sepanjang berhari raya. Nadia dan suami memang berikhtiar berikan supplement Shaklee yang terbaik untuk kami seisi keluarga.

Kiranya Jadual Raya kami,

Raya Pertama Alor Setar, Kulim, Alor Setar (Ziarah Keluarga sebelah Nadia)

Raya Kedua Perlis (Ziarah Keluarga sebelah suami)

Raya Ketiga Perlis (Ziarah ke rumah rakan-rakan )

Raya Keempat Perlis Alor Setar (Bertolak ke rumah adik untuk kenduri kesyukuran)

Raya Kelima Alor Setar (Kenduri Kesyukuran)

Raya Keenam dan seterusnya kami di Perlis sahaja menikmati momen sebelum hantar Muhammad ke asrama๐Ÿ’—


Raya 2023 / Syawal 1444H

Sekarang ni dengan musim puasa enam dan jamuan Aidilfitri yang berbaki untuk kita raikan sama-sama kita juga beringat untuk menjaga kesihatan dengan suasana cuaca panas dan hujan ribut beserta virus yang tak pernah hilang setelah ia muncul di tahun 2020 dulu. Sempat juga batuk dan hilang suara sekejap masa raya haritu dan Alhamdulillah semakin baik dah ๐Ÿ˜ŠTake care semuanya.

Selamat Hari Raya Aildilfitri 2023, Syawal 1444H. Maaf Zahir Batin๐Ÿ’š

Didoakan amalan kita pada bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima oleh Allah Ta’ala, Ameen Ya Robb.


Jika ada yang nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia ๐Ÿ‘Œ  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat


No comments:

Post a Comment