Bismillahirrohmanirrohim.
Hai semua π Dah 23 hari berpuasa
kita. Bila berpuasa ni hampa (awak) semua dah kurus ka tue? Hehe biasanya ada
yang sedar keadaan fizikal ada susut sikit berbanding sebelum ni. Okay kalini
kita tak nak bercerita puasa semata-amata untuk kurus. Nanti jadi sia-sia pula
amalan puasa di bulan yang penuh keberkatan ni kan. Sama-sama kita teruskan memburu
nikmat yang dijanjikan bagi mereka yang mengimarahkan bulan Ramadhan,
insyaAllah Ameen.
Baik, Jom kita cerita topik Nak
Kurus Dengan Cepat. Ada juga yang dah kongsikan bagaimana Nak Kurus Dengan Cepat tu dan boleh juga kita baca bersama π
Selalunya orang perempuan yang
sinonim dengan perkataan nak kurus. Tapi, zaman sekarang ni lelaki pun suka kalau badan jadi slim semula. Jika boleh pilih kurus dengan cepat dan sihat
kenapa kita nak tolak betul dak?
Biasanya berat badan Nadia Alhamdulillah okay dan tak pernah BMI mencecah overweight. Tapi kan Nadia lebih suka jika berat tu ideal dan Nadia sendiri rasa badan sihat untuk teruskan aktiviti harian. Badan yang cergas dan minda yang cerdas juga bantu agar kesihatan emosi jadi stabil. Jom Nadia kongsikan pengalaman
sendiri cara dan kaedah untuk kurus dengan cepat dan sihat. Nadia hanya teruskan
3 perkara ini sahaja.
1. Bersenam
Nadia
kiranya dah umur 30-an baru nak berjinak dengan senaman. Alhamdulillah masih
lagi diberi peluang untuk bersenam. Bila kalian mula konsisten senaman? Biasanya jika cuaca cerah Nadia suka untuk
jogging di luar rumah. Sambil jogging sambil lihat persekitaran luar yang
indah. Fresh air pun dapat Suasana di
kawasan rumah juga banyak kawasan hijau yang boleh dilihat dan satu terapi juga
untuk kesihatan mata. Adakalanya Nadia berbasikal. Tapi kan kalau haritu cuaca
mendung dan tak mengizinkan Nadia pilih senaman di dalam rumah. Nadia buat
aktiviti power walk sahaja. Pilih mana-mana video dan follow sekali. Jadi
kita tak rasa macam bosan sebab ada teman dalam video. Dari segi masa untuk
senaman, biasanya Nadia lebih kepada memilih waktu pagi. Kalau dah rajin
terlebih tu pagi dan petang pun Nadia buat . Tapi payah juga nak rajin
terlebih. Setakat rajin waktu pagi pun dah cukup hehe.
Bersenam bersama anak-anak di hujung minggu. Ni masa awal Mac 2023 haritu π |
Salah satu pemandangan indah yang Nadia rakamkan ketika senaman di pagi hari |
2. Makan makanan sebenar
Makan makanan sebenar ni maksudnya makan makanan
yang dimasak samada kita masak sendiri atau kita makan di kedai makan. Ianya
lebih baik daripada kita selalu amalkan process food atau junk food. Sesekali
tu tak apa tapi jika selalu sangat dah jadi tak baik untuk kesihatan. Memang
agak renyah dan kadangkala memenatkan untuk memasak ni. Tapi bila dah biasa
buat dan pandai atur menu aktiviti memasak jadi lebih cepat dan menu pun sedap
walau ringkas sahajaπ Bila memasak ni kita boleh agak keperluan untuk kita
makan dengan kenyang, sihat dan kalori yang cukup. Setuju kan π
Salah satu menu yang Nadia dan suami makan π |
Ini juga antara bahan mentah yang selalu dibeli. Kesukaan anak kedua dan ketiga |
3. Pengambilan Supplement
Kesihatan.
Nadia memang dah biasa amalkan Vitamin Shaklee
sejak 9 tahun yang lalu. Nadia pilih Shaklee sebab produk Shaklee Beyond
Organic dan ada penyelidikan yang terbaik. Nadia pun ada cerita di sini kenapa
ramai rakyat Malaysia memilih Shaklee untuk mereka amalkan. Lagi satu kan kalian juga boleh baca tentang apa itu Set Kurus Shaklee di sini π
Sebahagian Vitamin yang Nadia bawa kemana-mana juga bila travel |
Bersenam, makan makanan sebenar dan amalkan Vitamin Shaklee antara cara Nadia untuk senantiasa konsisten kurus dengan cepat dan sihat. Jangan takut untuk kalian memulakannya hari ini. Belum terlambat lagi untuk sama-sama kita jayakan πͺπͺ
Jika ada yang nak tahu macamana cara nak daftar percuma keahlian Shaklee atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia π
http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga
Masya Allah..Alhamdulillah. terbaik Nad. Best tuh Sup kaki ayam..
ReplyDeleteAlhmadulillah. Terima kasih sahabat blog saya yang sangat baik
Delete