Saturday, 4 March 2023

Dunia Penulisan Blog

Sebenarnya Nadia sangat-sangat berterima kasih pada suami yang tolong create blog ini seawal tahun 2016. Entri awal dulu suami juga yang tolong tulis. Begitu sekali bantuan suami agar si isteri dapat menulis dan berkongsi di dunia penulisan blog. Akan tetapi si isteri yang waktu itu masih bekerja sering berkata, nanti ya abang, dah lapang Nadia kemaskini blog. Mana ada masa yang betul-betul lapang melainkan kita sendiri yang menciptakannya 😊


Hinggalah waktu berlalu tanpa kembali lagi blog ini terus sunyi tanpa dimanfaatkan. Februari 2023 baru-baru ini, Nadia demam panas yang teruk. Suhu yang tinggi iaitu 39 darjah celsius. Dalam proses nak sembuh tu Nadia asyik buka blog ini dan hati rasa nak sangat menulis. Terdetik, manalah tahu, ada sesuatu di sini yang boleh beri manfaat pada orang yang membaca, dapat Nadia dan suami menumpang pahala. Salah satu hikmah yang tersirat disebalik ujian demam panas. Akhirnya 24 Februari 2023 hari Jumaat, Nadia menulis secara rasminya di blog ini secara ringkas dan terus snap gambar tunjukkkan pada suami yang sedang bermusafir di bumi Madinah. Waktu tu cakap pada diri sendiri, Alhamdulillah Tahniah Nadia sebab dah mulakan dunia penulisan blog.


                         (Semangat nak cerita pada suami 😊)                           


Selang beberapa hari, bilamana upline business bagitahu nak ajar lagi cara memanfaatkan penulisan di blog, MasyaAllah Tabarokallah ianya sesuatu yang tak dapat nak ditolak. Jadi Nadia mulai menulis entri ini sebab Nadia rasa teruja nak turut sama dalam Penyertaan Blog Mega 2.0. Sewaktu Penyertaan Blog Mega 1.0 Nadia tak dapat nak turut serta, jadi kita mencuba peluang untuk kali ini.



Semestinya, blog yang telah lama wujud ini boleh dimanfaatkan. Pelbagai perkara boleh dikongsi antaranya tentang kehidupan, mendidik anak-anak, kesihatan, tips dan ilmu-ilmu yang baik. Nadia akui masih banyak yang perlu dipelajari. InsyaAllah senantiasa ada ruang dan peluang untuk kita yang mahu bertindak. Ayuh Nadia. Mohon doa dan sokongan anda semua💐. 


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


No comments:

Post a Comment