Raya 2023 kalini suasana yang indah buat keluarga kecil kami berlima. Ianya Syawal pertama Muhammad dah di alam remaja. Hari Muhammad balik dari asrama, Nadia dah sediakan menu rendang ayam untuk juadah berbuka. Rasa haritu macam dah Raya. Malamnya kami sama-sama berterawih di masjid dan Muhammad bersama Babanya sambung pula iktikaf di sana. Terima kasih Ya Allah atas peluang dan rahmatmu.
Berbeza rasa bila dah ada anak
yang duduk di asrama. Rasa seronok menunggu dia balik. Maryam dan Nur pun sama-sama happy bila lengkap abang ada di rumah. Hari Khamis, 20hb April 2023 kami
balik ke kampung di Alor Setar, Kedah. Masa ni lagilah riuh-rendah bilamana
lengkap kami 5 beradik, 3 ipar-duai, 10 orang cucu bersama dengan Tok Ayah dan
Mak Siti. Jumlahnya 21 orang. Sewaktu berbuka, Nadia masakkan koteow goreng dan
ada yang ke Bazar Ramadhan di Stadium Alor Setar.
Masa nak balik Alor Setar tu dok
terfikir nak bawa satu tong atau nak letak dalam Tupperware sahaja ya ESP
Shaklee ni? Masa tu belum ada pengumuman raya lagi. Akhirnya buat keputusan nak
bawa balik satu tong. Alhamdulillah lega sebab Jumaat tu puas hati dapat
bersahur dengan ESP Shaklee kesayangan. Haa lagi puas hati sebab beli dengan
harga promosi yang berbaloi.hehe
Hari Sabtu hari di mana semua umat islam meraikan kegembiraan makan juadah raya pun Nadia ambil bersama dengan supplement Shaklee sebab itu dah jadi rutin kehidupan. Suami dengan anak-anak pun Nadia berikan sekali. Ramai juga yang raikan Hari Raya Dengan Shaklee tau ๐
Semua yang ada dalam gambar ni Nadia usung masa balik kampung Raya baru ni ๐ |
Kiranya Jadual Raya kami,
Raya Pertama Alor Setar, Kulim,
Alor Setar (Ziarah Keluarga sebelah Nadia)
Raya Kedua Perlis (Ziarah Keluarga
sebelah suami)
Raya Ketiga Perlis (Ziarah ke
rumah rakan-rakan )
Raya Keempat Perlis Alor Setar
(Bertolak ke rumah adik untuk kenduri kesyukuran)
Raya Kelima Alor Setar (Kenduri
Kesyukuran)
Raya Keenam dan seterusnya kami di Perlis sahaja menikmati momen sebelum hantar Muhammad ke asrama๐
Raya 2023 / Syawal 1444H |
Sekarang ni dengan musim puasa enam dan jamuan Aidilfitri yang berbaki untuk kita raikan sama-sama kita juga beringat untuk menjaga kesihatan dengan suasana cuaca panas dan hujan ribut beserta virus yang tak pernah hilang setelah ia muncul di tahun 2020 dulu. Sempat juga batuk dan hilang suara sekejap masa raya haritu dan Alhamdulillah semakin baik dah ๐Take care semuanya.
Selamat Hari Raya Aildilfitri 2023, Syawal 1444H. Maaf Zahir Batin๐
Didoakan amalan kita pada bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima
oleh Allah Ta’ala, Ameen Ya Robb.
Jika ada yang nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia ๐
http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga
No comments:
Post a Comment