Thursday 27 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia

Bismillahirrohmanirrohim

Hai semua. Bersua lagi dan kali ni kita menulis entri pertama di bulan Syawal. Alhamdulillah Ramadhan dihayati kini Syawal pula dirai. Sebut tentang Syawal pastinya kanak-kanak yang paling seronok sebab dah terbayang duit raya.

Dalam berniaga Shaklee pun seronok juga. Shaklee akan beri insentif atas apa yang kita usahakan. Kalini Nadia nak menulis tentang Insentif Shaklee Malaysia. Setiap bulan Shaklee akan berikan bonus bulanan kepada semua yang mencapai target jualan. Serendah RM25 pun Shaklee tetap akan berikan dan amaun yang paling tinggi ialah tiada limit. 

Cara Pengiraan Bonus Shaklee


Ada yang dah merasai bonus 6 angka, 5 angka semuanya Shaklee bayar dengan konsisten setiap bulan. Bonus bulanan ni juga Shaklee berikan tidak mengira baru atau dah lama berniaga Shaklee. Di sini juga ada rakan yang bercerita tentang Insentif Shaklee Malaysia

Contoh bonus yang Shaklee bayarkan kepada individu yang mencapai target jualan 

Seterusnya adalah insentif berbentuk trip. Trip pelancongan ini biasanya disediakan dua jenis iaitu Regional Trip dan International Trip. Ada yang berpeluang untuk dapat keduanya dan ada yang direzekikan salah satu. Kebiasaannya di awal permulaan Cycle baru Pihak Shaklee akan giat menceritakan bagaimana cara dan kaedah untuk berpeluang menikmati Insentif berbentuk trip ini. Shaklee sebolehnya ingin memastikan lebih ramai lagi yang berpeluang untuk memperolehi tiket ke trip Regional dan International. Selain itu, trip ini juga bukan sahaja boleh dinikmati oleh individu yang berniaga Shaklee, malahan ahli keluarga juga boleh turut serta. Ada yang telah turut serta dengan membawa bersama pasangan, anak-anak dan ibu ayah. Kiranya dah jadi percutian satu keluarga๐Ÿ˜Ž


Trip terbaru Shaklee tawarkan untuk Cycle baru 2023/2024



Trip bagi Cycle yang lepas

Insentif yang ketiga pula ialah dipanggil sebagai Bonus kereta. Walaupun ianya dinamakan bonus kereta, Shaklee tetap membayar dalam bentuk tunai kepada mereka yang layak. Ianya boleh menjadi pilihan kepada individu tersebut samada nak bayar duit kereta, nak buat simpanan, nak beli emas atau lain-lain perkara yang sesuai. Bonus Kereta ini juga akan dibayar setiap bulan bersama-sama dengan bonus bulanan kepada mereka yang layak. Kaedah Shaklee yang memberikan bonus kereta secara tunai ini dikira sangat menarik.

3 Insentif Shaklee Malaysia berikan kepada anda


Penerima Bonus Kereta akan diberikan trofi dan replika kunci ini. Bayarannya pula diberikan dalam bentuk tunai๐Ÿ˜Š


Inilah antara Insentif yang Shaklee tawarkan. Jika ada yang nak tahu macamana cara nak dapatkan Insentif di atas atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia ๐Ÿ‘Œ  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat


Thursday 13 April 2023

Nak Kurus Dengan Cepat

Bismillahirrohmanirrohim.

Hai semua ๐Ÿ˜ƒ Dah 23 hari berpuasa kita. Bila berpuasa ni hampa (awak) semua dah kurus ka tue? Hehe biasanya ada yang sedar keadaan fizikal ada susut sikit berbanding sebelum ni. Okay kalini kita tak nak bercerita puasa semata-amata untuk kurus. Nanti jadi sia-sia pula amalan puasa di bulan yang penuh keberkatan ni kan. Sama-sama kita teruskan memburu nikmat yang dijanjikan bagi mereka yang mengimarahkan bulan Ramadhan, insyaAllah Ameen.

Baik, Jom kita cerita topik Nak Kurus Dengan Cepat. Ada juga yang dah kongsikan bagaimana Nak Kurus Dengan Cepat tu dan boleh juga kita baca bersama ๐Ÿ‘Œ

Selalunya orang perempuan yang sinonim dengan perkataan nak kurus. Tapi, zaman sekarang ni lelaki pun suka kalau badan jadi slim semula. Jika boleh pilih kurus dengan cepat dan sihat kenapa kita nak tolak betul dak?

Biasanya berat badan Nadia Alhamdulillah okay dan tak pernah BMI mencecah overweight. Tapi kan Nadia lebih suka jika berat tu ideal dan Nadia sendiri rasa badan sihat untuk teruskan aktiviti harian. Badan yang cergas dan minda yang cerdas juga bantu agar kesihatan emosi jadi stabil. Jom Nadia kongsikan pengalaman sendiri cara dan kaedah untuk kurus dengan cepat dan sihat. Nadia hanya teruskan 3 perkara ini sahaja.

1. Bersenam

Nadia kiranya dah umur 30-an baru nak berjinak dengan senaman. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bersenam. Bila kalian mula konsisten senaman?  Biasanya jika cuaca cerah Nadia suka untuk jogging di luar rumah. Sambil jogging sambil lihat persekitaran luar yang indah. Fresh air pun dapat  Suasana di kawasan rumah juga banyak kawasan hijau yang boleh dilihat dan satu terapi juga untuk kesihatan mata. Adakalanya Nadia berbasikal. Tapi kan kalau haritu cuaca mendung dan tak mengizinkan Nadia pilih senaman di dalam rumah. Nadia buat aktiviti power walk sahaja. Pilih mana-mana video dan follow sekali. Jadi kita tak rasa macam bosan sebab ada teman dalam video. Dari segi masa untuk senaman, biasanya Nadia lebih kepada memilih waktu pagi. Kalau dah rajin terlebih tu pagi dan petang pun Nadia buat . Tapi payah juga nak rajin terlebih. Setakat rajin waktu pagi pun dah cukup hehe.

Bersenam bersama anak-anak di hujung minggu. Ni masa awal Mac 2023 haritu ๐Ÿ’š

Salah satu pemandangan indah yang Nadia rakamkan ketika senaman di pagi hari


2. Makan makanan sebenar

Makan makanan sebenar ni maksudnya makan makanan yang dimasak samada kita masak sendiri atau kita makan di kedai makan. Ianya lebih baik daripada kita selalu amalkan process food atau junk food. Sesekali tu tak apa tapi jika selalu sangat dah jadi tak baik untuk kesihatan. Memang agak renyah dan kadangkala memenatkan untuk memasak ni. Tapi bila dah biasa buat dan pandai atur menu aktiviti memasak jadi lebih cepat dan menu pun sedap walau ringkas sahaja๐Ÿ˜‹ Bila memasak ni kita boleh agak keperluan untuk kita makan dengan kenyang, sihat dan kalori yang cukup. Setuju kan ๐Ÿ˜

Sedap sangat makan makan sebenar macamni. Lengkap Nutrisi sekali. Ini di kedai makan.

zamzamsynergy.blogspot.com
Salah satu menu yang Nadia dan suami makan ๐Ÿ˜‹

zamzamsynergy.blogspot.com
Ini juga antara bahan mentah yang selalu dibeli. Kesukaan anak kedua dan ketiga 


3. Pengambilan Supplement Kesihatan.

Nadia memang dah biasa amalkan Vitamin Shaklee sejak 9 tahun yang lalu. Nadia pilih Shaklee sebab produk Shaklee Beyond Organic dan ada penyelidikan yang terbaik. Nadia pun ada cerita di sini kenapa ramai rakyat Malaysia memilih Shaklee untuk mereka amalkan. Lagi satu kan kalian juga boleh baca tentang apa itu Set Kurus Shaklee di sini ๐Ÿ‘

Sebahagian Vitamin yang Nadia bawa kemana-mana juga bila travel

Bersenam, makan makanan sebenar dan amalkan Vitamin Shaklee antara cara Nadia untuk senantiasa konsisten kurus dengan cepat dan sihat. Jangan takut untuk kalian memulakannya hari ini. Belum terlambat lagi untuk sama-sama kita jayakan ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Jika ada yang nak tahu macamana cara nak daftar percuma keahlian Shaklee atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia ๐Ÿ‘Œ  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat


 

Monday 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik Malaysia –Bisnes Shaklee

 Bismillahirrohmanirrohim

Hai semua๐Ÿ˜Š

Entri kalini Nadia nak kongsikan tentang bisnes yang Nadia dah join. Info tentang bisnes online juga ada yang pelbagai. Apa yang Nadia cerita nanti adalah apa yang Nadia sendiri lalui  sebagai pengalaman peribadi okay.

Nadia masa sertai bisnes Shaklee, Nadia tertarik pada website bisnes selepas dah rasai kebaikan produk. Alhamdulillah produk memang terbaik. Sesuai dengan tajuk entri, Bisnes Online Terbaik Malaysia –Bisnes Shaklee. Tapi, Kenapa pula dengan website? Jom baca๐Ÿ’œ

Pertamanya,  Nadia rasa wow seronoknya bila daftar ahli dan terus ada website atas nama sendiri. Kiranya bila nak beli produk boleh terus beli sendiri.

Kedua, Lagi seronok bila website tu percuma dan jika ada penyelenggaraan pun Shaklee akan uruskan. Ahli hanya tinggal guna sahaja.

Ketiga, Bila website improve jadi lagi baik daripada sebelum ni pun ahli tak dikenakan apa-apa bayaran dan terus guna lagi seperti biasa. Teramat menarik๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Keempat, Segala info Shaklee kemaskini di website untuk dirujuk oleh ahli. Info produk, info tracking nombor pesanan produk, info bahan dalam produk, hasil kajian produk dan pelbagai lagi info hingga ahli rasa berilmu hehe.

Kelima,  Maklumat perkembangan ahli yang makan sendiri atau yang turut sama buat bisnes Shaklee juga boleh dilihat di Website. Boleh bantu kita stabilkan lagi network.

Keenam, website ni sangatlah mesra pengguna. Tak perlu hadiri kursus dulu pun. Selepas login terus guna sahaja.

Ketujuh, Shaklee juga senantiasa mengikuti perkembangan teknologi. Website Shaklee juga ada ChatBox yang lagi memudahkan ahli berinteraksi dengan pihak Shaklee๐Ÿ’ช

Nak lagi ka info website ni?Dah tujuh Nadia kongsikan hehe.

Okay Nadia sambung lagi sikit sebab kalo nak letak semua memang boleh jadi Novel Website Shaklee pulak.

Kelapan, Segala kelas yang disampaikan oleh Nutritionist Shaklee mengenai promosi produk atau bisnes juga ada di dalam website.

Kesembilan, urusan nak daftarkan ahli baru juga sangat mudah. Ahli baru boleh daftar sendiri dekat website Shaklee atau nak upline dia tolong daftarkan pun boleh juga. Ish ish senang sungguh.

Kesepuluh, Perkara paling best adalah website Shaklee ramai yang kata asal nak beli satu produk sahaja. Bila dah klik tengok-tengok beli sampai lima  pulak hahaha. Memang terbaiklah yang ni. Pengakuan ni dari downline Nadia sendiri.

Okay, dah cukup dah setakat 10 perkara best yang Nadia nak cerita tentang Website Shaklee ni. Ianya memudahkan untuk semua yang berminat mencuba Bisnes Online . Ingat Busines Online, ingat Website Shaklee ni ya. Gambar-gambar di bawah adalah serba-sedikit gambaran untuk para pembaca๐Ÿ˜Š







Jika ada yang nak tahu macamana cara nak daftar percuma keahlian Shaklee atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia ๐Ÿ‘Œ  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Friday 7 April 2023

Vitamin Kulit Harga Rahmah

Zaman sekarang bukan sahaja wanita, lelaki juga semakin ambil berat hal-ehwal kecantikan. Malah jangan terkejut jika orang lelaki yang sanggup membuat “pelaburan” tinggi untuk lebih berketrampilan terutama untuk kulit wajah yang cantik dan flawless. Sana-sini orang mencari tentang vitamin kulit yang sesuai.

Nadia pulak bila bercerita tentang kecantikan ni mungkin bukan pakar tapi ada sedikit perbezaan pada kulit wajah sekarang berbanding dahulu. Masa kecil usia sekitar tadika dan sekolah rendah suka sangat ambil make -up dan pakai. Make-up dan Nadia berpisah tiada hatta, make -up di rumah orang pun Nadia hentam pakai jugak๐Ÿ˜… Tapi orang yang rapat lah hehehe. Kesannya, sewaktu usia 16 tahun, jerawat mulai tumbuh penuh di kulit muka. Macam setiap ruang ada sahaja jerawat. Perasaan masa tu jadi tak selesa dan malu pun ada. Masa tu ayah ada bawa ke klinik untuk bertanya kepada doktor vitamin kulit yang sesuai. Nadia cuba consume mengikut saranan doktor dan ada penambahbaikan masa tu.

Namun, bila melangkah ke alam universiti ianya terjadi lagi. Nadia rasa tak berani nak pakai produk apa pun. Nak pergi ke kelas hanya letakkan bedak bayi sahaja di wajah. Kemudian ada juga cuba produk berasaskan gamat dan temulawak. Masa tu produk temulawak ni kira popular, tapi hanya sementara sahaja. Adehlaaa..๐Ÿ˜‚ Lepastu dah stop dahulu dan lama-kelamaan jerawat dah mula berkurangan dan masalah yang lain pulak adalah parut yang tinggal. Aduhai macam kawah bulan istilahnya walau tak pernah lagi kaki ni sampai ke bulan๐Ÿ˜Œ Nadia akhirnya memang tak cari dah apa-apa produk dan teruskan dengan pakai bedak bayi sahaja. Kulit ok dan parut masih ada cuma dah kurang. Bayangkan dah kerja dan masih konsisten hanya dengan bedak bayi sahaja.

Ingat lagi masa hari perkahwinan, Nadia dah bagitau yang Nadia tak mau pakai apa-apa make-up tapi kena bising pulak dengan sedara-mara. Raja sehari kenalah berseri. Berseri dah ni walau tak make-up jawab Nadia balik๐Ÿ˜˜  Nak tak nak kena pakai jugak sikit hehe. Syukurnya suami memahami tentang hal ni dan begitulah Nadia seadanya menjaga kulit wajah. Tanpa mana-mana pencuci juga. Hanya air biasa untuk mencuci muka.

Kemudian, masa Nadia mulai kenal dan amal Vitamin Shaklee asbab alahan teruk mengandungkan Maryam (anak kedua), Nadia perasan yang keadaan kulit wajah ada perubahan yang baik. Nadia masa tu dah bersyukur sangat-sangat sebab rasa badan kembali bertenaga. Memang niat awal untuk amalkan Vitamin Shaklee ni sebab nak bagi badan kuat sikit dengan banyak tanggungjawab yang digalas pada masa tu. Mengandung, bekerja, belajar di peringkat Sarjana, nak urus keluarga dan macam-macam lagi. Rupanya bonus sekali kulit muka juga semakin improve. Alhamdulillah. Best tak tau nak habaq kata orang Kedah๐Ÿ˜

Apa yang Nadia ingat Nadia amalkan adalah Set Hamil Shaklee. Dalam tu juga ada vitamin yang bagus untuk kulit. Antara yang Nadia amalkan ini juga ada dalam Set Rahmah yang Shaklee tawarkan pada bulan April 2023 ni iaitu Vitamin C dan ESP Shaklee. Harganya memang betul-betul padu dan sangat boleh dimiliki.


Harga Rahmah yang boleh dirujuk ada di gambar di bawah. Belian satu set ESP dan Vitamin C hanya bernilai RM99.00 sahaja. Harga asal tanpa promosi adalah melebihi 200 ringgit lebih. Belian dua set ini pula bernilai hanya RM188.00 dan paling menarik untuk ahli yang baru nak mencuba, anda boleh buat belian mana-mana pilihan dan pendaftaran pula adalah PERCUMA. Wow sangat๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

-Set A-


-Set B-

Jom sama-sama cuba set vitamin kulit harga rahmah ni✌๐Ÿ˜Ž


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ