Friday 7 April 2023

Vitamin Kulit Harga Rahmah

Zaman sekarang bukan sahaja wanita, lelaki juga semakin ambil berat hal-ehwal kecantikan. Malah jangan terkejut jika orang lelaki yang sanggup membuat “pelaburan” tinggi untuk lebih berketrampilan terutama untuk kulit wajah yang cantik dan flawless. Sana-sini orang mencari tentang vitamin kulit yang sesuai.

Nadia pulak bila bercerita tentang kecantikan ni mungkin bukan pakar tapi ada sedikit perbezaan pada kulit wajah sekarang berbanding dahulu. Masa kecil usia sekitar tadika dan sekolah rendah suka sangat ambil make -up dan pakai. Make-up dan Nadia berpisah tiada hatta, make -up di rumah orang pun Nadia hentam pakai jugak๐Ÿ˜… Tapi orang yang rapat lah hehehe. Kesannya, sewaktu usia 16 tahun, jerawat mulai tumbuh penuh di kulit muka. Macam setiap ruang ada sahaja jerawat. Perasaan masa tu jadi tak selesa dan malu pun ada. Masa tu ayah ada bawa ke klinik untuk bertanya kepada doktor vitamin kulit yang sesuai. Nadia cuba consume mengikut saranan doktor dan ada penambahbaikan masa tu.

Namun, bila melangkah ke alam universiti ianya terjadi lagi. Nadia rasa tak berani nak pakai produk apa pun. Nak pergi ke kelas hanya letakkan bedak bayi sahaja di wajah. Kemudian ada juga cuba produk berasaskan gamat dan temulawak. Masa tu produk temulawak ni kira popular, tapi hanya sementara sahaja. Adehlaaa..๐Ÿ˜‚ Lepastu dah stop dahulu dan lama-kelamaan jerawat dah mula berkurangan dan masalah yang lain pulak adalah parut yang tinggal. Aduhai macam kawah bulan istilahnya walau tak pernah lagi kaki ni sampai ke bulan๐Ÿ˜Œ Nadia akhirnya memang tak cari dah apa-apa produk dan teruskan dengan pakai bedak bayi sahaja. Kulit ok dan parut masih ada cuma dah kurang. Bayangkan dah kerja dan masih konsisten hanya dengan bedak bayi sahaja.

Ingat lagi masa hari perkahwinan, Nadia dah bagitau yang Nadia tak mau pakai apa-apa make-up tapi kena bising pulak dengan sedara-mara. Raja sehari kenalah berseri. Berseri dah ni walau tak make-up jawab Nadia balik๐Ÿ˜˜  Nak tak nak kena pakai jugak sikit hehe. Syukurnya suami memahami tentang hal ni dan begitulah Nadia seadanya menjaga kulit wajah. Tanpa mana-mana pencuci juga. Hanya air biasa untuk mencuci muka.

Kemudian, masa Nadia mulai kenal dan amal Vitamin Shaklee asbab alahan teruk mengandungkan Maryam (anak kedua), Nadia perasan yang keadaan kulit wajah ada perubahan yang baik. Nadia masa tu dah bersyukur sangat-sangat sebab rasa badan kembali bertenaga. Memang niat awal untuk amalkan Vitamin Shaklee ni sebab nak bagi badan kuat sikit dengan banyak tanggungjawab yang digalas pada masa tu. Mengandung, bekerja, belajar di peringkat Sarjana, nak urus keluarga dan macam-macam lagi. Rupanya bonus sekali kulit muka juga semakin improve. Alhamdulillah. Best tak tau nak habaq kata orang Kedah๐Ÿ˜

Apa yang Nadia ingat Nadia amalkan adalah Set Hamil Shaklee. Dalam tu juga ada vitamin yang bagus untuk kulit. Antara yang Nadia amalkan ini juga ada dalam Set Rahmah yang Shaklee tawarkan pada bulan April 2023 ni iaitu Vitamin C dan ESP Shaklee. Harganya memang betul-betul padu dan sangat boleh dimiliki.


Harga Rahmah yang boleh dirujuk ada di gambar di bawah. Belian satu set ESP dan Vitamin C hanya bernilai RM99.00 sahaja. Harga asal tanpa promosi adalah melebihi 200 ringgit lebih. Belian dua set ini pula bernilai hanya RM188.00 dan paling menarik untuk ahli yang baru nak mencuba, anda boleh buat belian mana-mana pilihan dan pendaftaran pula adalah PERCUMA. Wow sangat๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

-Set A-


-Set B-

Jom sama-sama cuba set vitamin kulit harga rahmah ni✌๐Ÿ˜Ž


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ









No comments:

Post a Comment