Thursday 27 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia

Bismillahirrohmanirrohim

Hai semua. Bersua lagi dan kali ni kita menulis entri pertama di bulan Syawal. Alhamdulillah Ramadhan dihayati kini Syawal pula dirai. Sebut tentang Syawal pastinya kanak-kanak yang paling seronok sebab dah terbayang duit raya.

Dalam berniaga Shaklee pun seronok juga. Shaklee akan beri insentif atas apa yang kita usahakan. Kalini Nadia nak menulis tentang Insentif Shaklee Malaysia. Setiap bulan Shaklee akan berikan bonus bulanan kepada semua yang mencapai target jualan. Serendah RM25 pun Shaklee tetap akan berikan dan amaun yang paling tinggi ialah tiada limit. 

Cara Pengiraan Bonus Shaklee


Ada yang dah merasai bonus 6 angka, 5 angka semuanya Shaklee bayar dengan konsisten setiap bulan. Bonus bulanan ni juga Shaklee berikan tidak mengira baru atau dah lama berniaga Shaklee. Di sini juga ada rakan yang bercerita tentang Insentif Shaklee Malaysia

Contoh bonus yang Shaklee bayarkan kepada individu yang mencapai target jualan 

Seterusnya adalah insentif berbentuk trip. Trip pelancongan ini biasanya disediakan dua jenis iaitu Regional Trip dan International Trip. Ada yang berpeluang untuk dapat keduanya dan ada yang direzekikan salah satu. Kebiasaannya di awal permulaan Cycle baru Pihak Shaklee akan giat menceritakan bagaimana cara dan kaedah untuk berpeluang menikmati Insentif berbentuk trip ini. Shaklee sebolehnya ingin memastikan lebih ramai lagi yang berpeluang untuk memperolehi tiket ke trip Regional dan International. Selain itu, trip ini juga bukan sahaja boleh dinikmati oleh individu yang berniaga Shaklee, malahan ahli keluarga juga boleh turut serta. Ada yang telah turut serta dengan membawa bersama pasangan, anak-anak dan ibu ayah. Kiranya dah jadi percutian satu keluarga😎


Trip terbaru Shaklee tawarkan untuk Cycle baru 2023/2024



Trip bagi Cycle yang lepas

Insentif yang ketiga pula ialah dipanggil sebagai Bonus kereta. Walaupun ianya dinamakan bonus kereta, Shaklee tetap membayar dalam bentuk tunai kepada mereka yang layak. Ianya boleh menjadi pilihan kepada individu tersebut samada nak bayar duit kereta, nak buat simpanan, nak beli emas atau lain-lain perkara yang sesuai. Bonus Kereta ini juga akan dibayar setiap bulan bersama-sama dengan bonus bulanan kepada mereka yang layak. Kaedah Shaklee yang memberikan bonus kereta secara tunai ini dikira sangat menarik.

3 Insentif Shaklee Malaysia berikan kepada anda


Penerima Bonus Kereta akan diberikan trofi dan replika kunci ini. Bayarannya pula diberikan dalam bentuk tunai😊


Inilah antara Insentif yang Shaklee tawarkan. Jika ada yang nak tahu macamana cara nak dapatkan Insentif di atas atau nak cuba produk Shaklee boleh terus hubungi Nadia 👌  

http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleePerlis
#Kurusdengancepat
#Kurusdengansihat


No comments:

Post a Comment