Sunday 4 June 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baharu

Cerita kali ini adalah mengenai Multivitamin. Multivitamin ni adalah salah satu suplemen yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita.

Ya betul anda boleh dapatkan vitamin dan mineral melalui pemakanan harian, namun adakalanya nutrisi itu tidak mencukupi. Suplemen membantu untuk merapatkan kembali jurang nutrisi yang ada.

Kanak-kanak juga perlukan nutrisi harian yang mencukupi
- Gambar ihsan Google



Tubuh badan yang cukup nutrisi dapat membantu melawan infeksi dan mempercepatkan proses pemulihan ketika sakit.  Selain itu keadaan kesihatan jantung, tulang dan mental juga menjadi semakin baik sekiranya kita mengambil multivitamin dengan konsisten dan juga perlu selalu diingatkan bahawa memilih mengamalkan pemakan sihat dan cara hidup yang sihat adalah keutamaan buat kita semua๐Ÿ’š

Suplemen Shaklee juga mempunyai Multivitamin. Dahulu ia dipanggil Vita-Lea Iron Plus dan kini ia dipanggil Vita-Lize. 




Sebelum ini multivitamin Shaklee dikenali sebagai Vita-Lea Iron Plus


Multivitamin shaklee kini berwajah baharu dan juga diformulasi baharu. Vita-Lize adalah nutrisi penting untuk kesihatan optimum. Anda juga boleh membaca di sini tentang Mulvitamin Shaklee.

Multivitamin Shaklee yang pertama adalah pada tahun 1915. Wow๐Ÿ˜Ž

Penambahan formula baharu untuk Vita-Live Shaklee

Jika anda belum mengamalkan mana-mana suplemen multivitamin, anda boleh mencari info untuk mendapatkan multivitamin yang terbaik. Jom satu rumah satu Vita-Lize ๐Ÿ‘ 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#ShakleePerlis

Nak cuba vitamin ni boleh hubungi Nadia di http://wasap.my/+60134886961/SayaNakCubaShakleeJuga ๐Ÿ‘Œ








Umur yang Panjang atau Umur yang Berkat

Berapa umur anda hari ini? 41 tahun? 13 tahun? Atau 25 tahun? Kalini Nadia menulis untuk berkongsi tentang Umur yang panjang atau Umur yang Berkat? Berbicara menganai umur ini juga boleh menjadi satu kata-kata motivasi buat kita bersama. Dalam kehidupan antara makhluk Allah yang pantas bergerak adalah masa. Apabila masa pantas bergerak, maka umur kita juga semakin bertambah.

Dahulunya kita di alam sekolah rendah, sedar-sedar sekarang dah pun ada cahayamata sendiri. Ada di kalangan kita yang Allah izinkan dan Allah beri petunjuk maka orang itu semakin memanfaatkan umur dan kehidupannya. Jika dahulu dia sangat jauh dengan tuhan, kini dialah yang selalu beramal dengan ilmu yang dia pelajari. Begitu juga sebaliknya, ada yang semakin berusia tetapi orang itu semakin jauh dengan tuhan. Mohon dijauhkan daripada menjadi golongan yang lupakan tuhannya.

Saat kita bertambah usia, kita memiliki kesempatan untuk membina hubungan yang lebih baik, mencapai hajat dan keinginan, serta kita juga dapat memberikan impak positif pada kehidupan orang lain. Satu kesyukuran buat kita. Berbicara tentang syukur juga boleh dibaca sebagai kata-kata motivasi.

Bahkan Rasulullah membezakan dua lelaki yang panjang umur tetapi tidak digunakan kelebihan usianya dengan amalan yang baik. Perkara ini direkodkan ketika Rasulullah ditanya oleh seorang lelaki. Kata lelaki itu:

ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ! ุฃَูŠُّ ุงู„ู†َّุงุณِ ุฎَูŠْุฑٌ؟ ู‚َุงู„َ: “ู…َู†ْ ุทَุงู„َ ุนُู…ُุฑُู‡ُ، ูˆَุญَุณُู†َ ุนَู…َู„ُู‡ُ” ู‚َุงู„َ: “ูَุฃَูŠُّ ุงู„ู†َّุงุณِ ุดَุฑٌّ؟” ู‚َุงู„َ: “ู…َู†ْ ุทَุงู„َ ุนُู…ُุฑُู‡ُ ูˆَุณَุงุกَ ุนَู…َู„ُู‡ُ

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih)

Sebaiknya, dalam meneruskan baki kehidupan ini, sama-sama kita fokus untuk mengisi setiap hari yang dilalui dengan circle yang membina agar hidup ini lebih bermakna dan kita sendiri dapat merasakan setiap kerja buat kita adalah bermanfaat dan diredhoinya. Dengan izin tuhan, itulah umur yang panjang dan umur yang berkat. Ameen.